Thursday, October 25, 2012

SOALNYA HATI!

khabarku pada hati
terima kamu pergi
pesanku pada rasa
jangan ada benci
hati jadi resah, gelisah
luka, marah

tanyaku pada minda
Sampai bila?
selamanya..sampai sudah
jawab minda, sampuk hati 
campur rasa

aku diam
berfikir ikut minda
bertindak ikut hati
tidak mahu ikut rasa
takut salah

cukup aku tahu
kamu elok
masih sempurna
mata masih melihat
walau telinga tiada dengar
masih ada khabar

No comments:

Post a Comment