Thursday, October 25, 2012

...sekilas detik bersamamu...



JAUH

pergi..lama...lena
memori itu kau tinggalkan
masih ada bermain dalam fikiran

hilang
tanpa khabar
tiba-tiba
janji alam kau turutkan
sepi
sendiri lagi

rahsia itu kau simpan rapi
damai kau pergi
tenang dalam mimpi
sakit itu kau yang rasa
diam
tiada kata

kami tidak tahu apa isi perjanjian itu
kami lihat senyum
kami rasa bahagia
kami senang kau gembira

pergimu jauh terus lama
hilangmu dalam terang sekelip mata

kita tetap satu
kataku pada hati
pada jiwa
pada diri
angin bawa rindu
bulan bawa berita
cerita kita abadi selamnya

**itu yang terakhir




SOALNYA HATI!

khabarku pada hati
terima kamu pergi
pesanku pada rasa
jangan ada benci
hati jadi resah, gelisah
luka, marah

tanyaku pada minda
Sampai bila?
selamanya..sampai sudah
jawab minda, sampuk hati 
campur rasa

aku diam
berfikir ikut minda
bertindak ikut hati
tidak mahu ikut rasa
takut salah

cukup aku tahu
kamu elok
masih sempurna
mata masih melihat
walau telinga tiada dengar
masih ada khabar


CERITA

Dari satu sudut sepi
aku mencongak putaran alam
aku mengira pantas waktu
aku berfikir melayan rasa

Semua nampak sama
pada dasarnya
permukaanya
tenang
tiada gelombang
biasan watak mengganggu sejenak
sekelip mata
semua hilang
berkecamuk
aku terdiam
mengenang

ahhh..masih lagi di tempat sama
masih tidak berganjak cerita semalam
sampai bila?
aku jadi lupa
leka mainan dunia
semua punya CERITA


Wednesday, October 24, 2012


ITU MANUSIA

bising keliling
suara nyaring
memekik, melaung
entah apa
untuk siapa
ITU MANUSIA

kau salah
dia salah
mereka salah
lihat aku
tetap berada di jalan lurus yang bengkok
masih di tempat tinggi selesa
masih punya nama 
masih laku cerita
ITU MANUSIA

senyum sinis lihat mereka
masih lena dalam jaga
salah percaturan dunia
kata dia kepada kita
ITU MANUSIA